Sunday, April 26, 2009

Sajak Dunia

Pakwan ingin berkongsi mengenai sajak ini yang diperolehi dari laman web ikhwan. Amat baik jika dapat dihayati sepenuhnya.

http://ikhwantoday.com/sajak/index.php

ENGKAU SIBUK DENGAN DUNIA

Engkau sibuk dengan dunia
Dunia tidak sibuk dengan engkau
Mengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan yang punya dunia
Dia adalah sibuk menguruskan hal engkau
Engkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkau
Sedangkan Tuhan telah engkau tinggalkan
Kalaupun engkau memiliki dunia
Apa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya dunia
Tapi jika engkau memiliki Tuhan
Dunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkau
Engkau tersilap hal, engkau tersalah fikiran
Dunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tentu di dalam milik engkau
Padahal Tuhan engkau telah tinggalkan
Macam mana engkau berfikir, bagaimana engkau membuat keputusan
Bersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkau
Janganlah sibuk-sibuk dengan dunia yang tidak sibuk pun terhadap engkau
Engkau bersibuk-sibuk dengan Tuhan
Tuhan tidak akan mengecewakan engkau
Engkau sibuk dengan dunia belum tentu milik engkau
Kalaupun engkau boleh miliki dunia
Namun satu ketika ia dunia tetap akan mengecewakan engkau

Thursday, April 23, 2009

Hukuman Tinggal Solat

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”


Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.





Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Wednesday, April 15, 2009

Nasyid dan Marhaban

















Pakwan hari ini ingin berkongsi mengenai anak Pakwan yang bernama Muhammad Safwan yang telah menyertai pertandingan Nasyid dan marhaban anjuran Astro. Pada peringkat negeri Johor, kumpulan In-Saf telah menjadi naib juara. Kemudian pertandingan tersebut diadakan di Klang dan telah mendapat tempat ke 5. Pertandingan ini telah diadili oleh Ustaz Akil, penyayi Aishah dan ustaz Suhaimi. Walau pun kumpulan ini baru ditubuhkan ia telah menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan.

Sunday, April 12, 2009

Blogku dilahirkan

Assalamu'alaikum wbh.

Pertama-tama Pakwan mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt atas kurniaan nikmat iman dan Islam yang tak ternilai. Elemen Iman dan Islam merupakan senjata yang paling ampuh yang dapat menangkis serangan musuh-musuh utama iaitu syaitan, hawa nafsu, manusia dan musuh. Alhamdulillah setelah sekian lamanya Pakwan ingin mempunyai blog sendiri, pada hari ini 12 April 2009 bersamaan dengan 16 Rabiul'Akhir 1430H (Hari Ahad) telah tercapai jua hasrat tersebut.

Sempena Tahun Hijrah 1430, marilah kita membina keazaman yang tinggi dan bertindak secara profesional untuk membela Agama, Diri, Bangsa dan Negara dengan AKIDAH, ILMU, KEMAHIRAN, EKONOMI dan SIKAP (AIKES).

Hayatilah kata-kata hikmat ini:
" Mencari ilmu tidak ada salahnya, yang salah kerana ilmu korbankan iman. Mencari rezeki memang tidak salah, yang salahnya kerana rezeki korbankan maruah. Membangun tidak dilarang adakalanya fardhu kifayah, yang dilarang ialah kerana membangun rosak syariat dan akhlak. Bergaul dengan orang kafir atau fasik tidak menjadi satu kesalahan, yang menjadi kesalahan itu bila bergaul dengan mereka korbankan prinsip. Mencari kekayaan bukanlah satu kesalahan, yang salah itu mencari kekayaan tidak kira halal haram. Kita mendapat pangkat bukanlah satu kesalahan, yang salah itu kerana pangkat melanggar tata susila dan menjatuhkan orang lain". Sumber Ikhwan.