Saturday, February 13, 2010

Mengapa Umat Melayu Islam Mundur?


Pada pandangan Pakwan, pertama-tamanya kebanyakan orang Melayu Islam sendiri yang tidak mahu berubah sikap untuk berjaya. Cuba kita lihat situasi hari ini, berapa ramai umat Melayu Islam yang memahami kalimat AZAN iaitu MARILAH SOLAT BERJEMAAH. SESIAPA SOLAT BERJEMAAH DI MANA TEMPAT AZAN DILAUNGKAN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT. Sedangkan Allah SWT telah menjanjikan akan kejayaan yang hakiki sekiranya umat Melayu Islam yang lelaki melaksanakan solat fardu secara berjemaah di masjid di mana tempat yang paling khusyuk untuk bersembahyang. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt surah al-mukminuun ayat1-2, Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Hakikatnya pada hari ini, berapa ramai orang Melayu Islam yang ambil peduli mengenai perkara di atas. Di waktu sebahagian orang Melayu Islam sembahyang berjemaah di masjid, ada juga yang berada di padang bermain futsal tidak kira waktu asar atau waktu isyak, bermain bola jaring, memukul bola golf, memukul bola hoki, berada di pasaraya beli-belah, bermesyuarat yang tak ada keputusan, beraksi sukan acara padang, lari 100 meter, berenang menyeberang lautan, mendaki gunung, membuat pelayaran yang semuanya dilakukan untuk mendapat pangkat, gelaran, pujian dan bermacam-macam lagi aktiviti-aktiviti yang tidak akan mendapat jaminan kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat daripada Allah swt. Yang terlebih malang seandainya ada diantara orang Melayu Islam yang sedang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut itu mati akibat sesak nafas. Sah akan tinggal dalam neraka Allah swt selama 80 tahun disebabkan meninggalkan sembahyang dengan sengaja.
Rumusannya, Pakwan mengajak semua orang Melayu Islam kembalilah ke landasan Islam yang sebenarnya.