Sunday, August 9, 2009

Sakaratul Maut

Menurut penulis buku ini iaitu Shallahudin As-Said, Sakaratul maut adalah merupakan sebuah episode paling ngeri dan menakutkan. Menyerang ruh dan mencabutnya dari setiap urat dan syaraf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Lebih sakit daripada disabit pedang, dibelah dengan gergaji, dan dipotong dengan gunting.

Tetapi malangnya umat Islam di Malaysia ketika ini kebanyakannya masih berlengah-lengah untuk mempersiapkan diri menghadapi kematian. Mereka sentiasa sibuk dengan berbagai-bagai perkara yang belum tentu memberi kebaikan kepada diri. Bagi golongan remaja Melayu Islam, rata-rata masih leka dengan hiburan-hiburan yang menjauhkan dari mereka dari mengingati kematian. Setiap detik ada saja program baru yang berkonsepkan hiburan yang melekakan. Bagi golongan kanak-kanak pula terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai dengan usianya yang begitu mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalaikan. Golongan dewasa dan warga emas segelintarnya masih dalam mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan yang tinggi yang belum tentu ada titik penamatnya. Akhirnya apabila sampai saat kematian, barulah ketika itu teringat bahawa bekalan yang dibawa sangat sedikit untuk mengharungi kehidupan di alam yang kekal abadi selama-lamanya. Firman Allah swt:



Pakwan mengingatkan diri dan sahabat-sahabat semuanya, kembalilah ke jalan yang sejahtera iaitu ISLAM dalam mengharungi hidup di dunia ini.

No comments:

Post a Comment