Saturday, May 15, 2010

Iman,Islam dan Ilmu

Sabda Nabi saw

Barangsiapa mengkehendaki kebahagian hidup di dunia maka hendaklah dengan ilmu pengetahuan dan barangsiapa kebahagian hidup di akhirat maka hendaklah dengan ilmu pengetahuan dan barangsiapa mengkehendaki kebahagian hidup di dunia dan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu pengetahuan.

Saturday, February 13, 2010

Mengapa Umat Melayu Islam Mundur?


Pada pandangan Pakwan, pertama-tamanya kebanyakan orang Melayu Islam sendiri yang tidak mahu berubah sikap untuk berjaya. Cuba kita lihat situasi hari ini, berapa ramai umat Melayu Islam yang memahami kalimat AZAN iaitu MARILAH SOLAT BERJEMAAH. SESIAPA SOLAT BERJEMAAH DI MANA TEMPAT AZAN DILAUNGKAN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT. Sedangkan Allah SWT telah menjanjikan akan kejayaan yang hakiki sekiranya umat Melayu Islam yang lelaki melaksanakan solat fardu secara berjemaah di masjid di mana tempat yang paling khusyuk untuk bersembahyang. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt surah al-mukminuun ayat1-2, Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Hakikatnya pada hari ini, berapa ramai orang Melayu Islam yang ambil peduli mengenai perkara di atas. Di waktu sebahagian orang Melayu Islam sembahyang berjemaah di masjid, ada juga yang berada di padang bermain futsal tidak kira waktu asar atau waktu isyak, bermain bola jaring, memukul bola golf, memukul bola hoki, berada di pasaraya beli-belah, bermesyuarat yang tak ada keputusan, beraksi sukan acara padang, lari 100 meter, berenang menyeberang lautan, mendaki gunung, membuat pelayaran yang semuanya dilakukan untuk mendapat pangkat, gelaran, pujian dan bermacam-macam lagi aktiviti-aktiviti yang tidak akan mendapat jaminan kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat daripada Allah swt. Yang terlebih malang seandainya ada diantara orang Melayu Islam yang sedang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut itu mati akibat sesak nafas. Sah akan tinggal dalam neraka Allah swt selama 80 tahun disebabkan meninggalkan sembahyang dengan sengaja.
Rumusannya, Pakwan mengajak semua orang Melayu Islam kembalilah ke landasan Islam yang sebenarnya.

Sunday, August 9, 2009

Sakaratul Maut

Menurut penulis buku ini iaitu Shallahudin As-Said, Sakaratul maut adalah merupakan sebuah episode paling ngeri dan menakutkan. Menyerang ruh dan mencabutnya dari setiap urat dan syaraf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Lebih sakit daripada disabit pedang, dibelah dengan gergaji, dan dipotong dengan gunting.

Tetapi malangnya umat Islam di Malaysia ketika ini kebanyakannya masih berlengah-lengah untuk mempersiapkan diri menghadapi kematian. Mereka sentiasa sibuk dengan berbagai-bagai perkara yang belum tentu memberi kebaikan kepada diri. Bagi golongan remaja Melayu Islam, rata-rata masih leka dengan hiburan-hiburan yang menjauhkan dari mereka dari mengingati kematian. Setiap detik ada saja program baru yang berkonsepkan hiburan yang melekakan. Bagi golongan kanak-kanak pula terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai dengan usianya yang begitu mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalaikan. Golongan dewasa dan warga emas segelintarnya masih dalam mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan yang tinggi yang belum tentu ada titik penamatnya. Akhirnya apabila sampai saat kematian, barulah ketika itu teringat bahawa bekalan yang dibawa sangat sedikit untuk mengharungi kehidupan di alam yang kekal abadi selama-lamanya. Firman Allah swt:



Pakwan mengingatkan diri dan sahabat-sahabat semuanya, kembalilah ke jalan yang sejahtera iaitu ISLAM dalam mengharungi hidup di dunia ini.

Thursday, July 16, 2009

Tinggal Solat


PERIHAL MENINGGALKAN SOLAT.

Daripada Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah SAW bersabda

meninggalkan solat dikaitkan dengan kufur dan syirik.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT.

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah.
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Rumusannya sebagai ketua keluarga pastikan diri, isteri dan anak-anak tidak meninggalkan solat. Bagi lelaki solat berjemaah di masjid adalah FARDU.






















Thursday, May 14, 2009

Malam Pertama Di Alam Kubur























Pakwan telah membeli dan membaca buku Malam Pertama di Alam Kubur (‘Awwalu Laylatin fi al-Qabr’) karya Dr. A‘idh al-Qarni, penulis buku Best Seller “La Tahzan”. Buku ini telah digabung dengan dua buku karya ulama terkenal lainnya: [1] Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-‘Uraifi (Hada’iq al-Maut), dan [2] Syaikh Muhammad Husain Ya‘qub (Ahwal al-Qabr).


Pakwan tidak dapat membayangkan situasi malam pertama di dalam kubur. Menurut beberapa hadits Nabi SAW, alam kubur adalah alam barzakh. Satu alam yang “memisahkan” seorang mayat: dari alam dunia (nyata) dan Alam Akhirat. Alam barzakh adalah perhentian sementara. Hanya sekadar transit. Kemungkinannya hanya dua: alam barzakh menjadi “Taman-taman Syurga” atau “Lubang-lubang Neraka”.


Sebelum itu, menurut Nabi SAW, kita akan ditanya dahulu tentang banyak hal oleh dua malaikat Allah swt: Munkar dan Nakir.
  1. Siapa Tuhan mu
  2. Siapa Nabi mu
  3. Apa pegangan mu
  4. Siapa pemimpin mu
  5. Di mana Qiblat mu
  6. Siapa saudara mu
Persoalannya, Dapatkah kita lulus dari ujian kedua-dua malaikat itu?! Tepuk dada, tanya hati, tanya iman.
Pakwan mengutip apa yang dicatat oleh Dr. al-‘Uraifi dalam bukunya. Beliau menulis dalam “Masalah Ketiga”:

“Azab dan nikmat kubur adalah perkara ghaib. Tidak boleh dijangkau dengan akal. Sementara iman kepada hal ghaib adalah sifat terpenting seorang Mukmin, sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla,“Alif Lâm Mîm. Itulah kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa. Yakni mereka yang beriman kepada yang ghaib…” (Qs. al-Baqarah [2]: 1-2).


Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, “Diantara yang harus diketahui adalah azab kubur, disebut juga “azab barzakh”. Setiap orang yang mati akan mendapatkan azab, dalam keadaan apapun kematiannya. Baik dikubur atau tidak. Bahkan sekalipun ia dimakan binatang buas, terbakar hingga menjadi abu yang berterbangan ditiup angin, disalib atau tenggelam di laut. Azab itu akan ditimpa oleh ruh dan badannya, sebagaimana orang yang dikubur.”
Bayangkan!!! Selamat belum tentu dapat, tapi azab barzakh sudah menanti kita. Oleh karena itu, di lembaran awal tulisan al-Qarni, tercatat di sana: “Kuburan itu boleh menjadi taman surga. Sebaliknya, ia juga boleh menjadi satu lubang diantara lubang neraka.” Agar kita bersiap-siap untuk menghadapi malam pertama itu.
Lain lagi dengan Syaikh Ya‘qub. Di awal tulisannya beliau menegur dan mengingatkan kita:“Renungkanlah nasib saudaramu yang kini telah dikubur:
Dulu ia begitu menikmati pemandangan yang dilihat. Kini matanya telah tertanggal;
Dulu perkataannya begitu fasih. Kini cacing tanah telah memakan mulutnya;
Dulu ia selalu tertawa. Kini giginya hancur terbenam tanah.
Cermati dan perhatikan. Yakinlah, bahwa apa yang telah “dia” alami akan “engkau” alami.”
Benar-benar menyeramkan malam pertama ini. Tak satu pun dari kita mampu lari dalam malam pertama itu. Malam pertama yang sangat menentukan: bahagia atau sengsara, syurga atau neraka. Kita benar-benar akan mengalaminya. Sama halnya dengan kematian. Kita juga tidak mampu lari darinya. “Katakanlah, ‘Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagi kamu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (Qs. al-Ahzâb: 16).
Pintu barzakh atau kuburan adalah “kematian”. Bukankah semua orang tidak dapat lari darinya?

Ya Allah, hamba benar-benar banyak dosa. Jiwa hamba ‘hitam-legam’ karena dibakar api dosa dan maksiat. Hamba benar-benar takut menghadapi ‘Malam Pertama’ itu. Berikan hamba istiqâmah dalam beramal. Bantulah hamba MU ini untuk selalu konsisten berzikir (mengingat) kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan menyembah-Mu dengan sempurna.


Thursday, May 7, 2009

Letak Dunia Di Tangan Bukan Di Hati

KISAH MUHAMMAD BIN WASI’

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yang terkenal dengan buku ‘best seller’ bertajuk “La Tahzan” menukilkan satu kisah teladan yang cukup menggugah jiwa iaitu kisah Muhammad bin Wasi’.
Muhammad bin Wasi’ terkenal sebagai seorang yang zuhud pada zamannya. Suatu hari dia berada di dalam barisan tentera yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah Allah di bahagian timur negara Islam pada waktu itu.
Suatu hari Qutaibah ingin menguji Muhammad bin Wasi’ di hadapan para panglima dan menterinya. Maka, Qutaibah berkata kepada menteri dan panglima-panglimanya.
“Di tanganku ada segenggam emas yang diperolehi hasil ghanimah[rampasan perang] daripada musuh-musuh Islam.”
“Adakah kalian semua percaya bahawa kalau aku menyerahkan emas ini kepada seseorang maka dia akan menolaknya?”
Mereka menjawab: ” Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang akan menolak pemberian emas ini.”

Qutaibah berkata ; ” Baiklah, aku akan tunjukkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad saw yang menyamakan emas ini dengan tanah kepada kalian semua. Maka dia pun memerintahkan pengawalnya supaya memanggil Muhammad bin Wasi’ untuk menghadapnya.
Maka, tatkala Muhammad menghadap Qutaibah, lalu diberikannya segenggam emas di dalam tangan Qutaibah. Maka Muhammad bin Wasi’ terus mengambil emas tersebut tanpa sepatah kata.
Qutaibah tercengang. Sangkaannya Muhammad akan menolak pemberiannya. Wajahnya berubah menahan malu di hadapan menteri dan panglimanya.
Qutaibah memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengekori langkah Muhammad bin Wasi’ selepas beliau keluar dari majlis itu.
Muhammad bin Wasi’ membawa emas tersebut dan dalam perjalanannya beliau berjumpa dengan seorang fakir miskin, dan Muhammad memberikan semua emas tadi kepada fakir miskin tersebut.
Berita ini dilaporkan oleh pengawal-pengawal yang mengintip pergerakan Muhammad bin Wasi’ kepada Qutaibah. Lalu Qutaibah tersenyum dan berkata kepada orang-orang di sekelilingnya ” Bukankah sudah aku katakan kepada kalian bahawa masih ada lagi hamba Allah daripada umat ini yang menyamakan emas dengan tanah?
Begitulah contoh seorang insan yang hatinya langsung tidak terpaut kepada dunia. Emas yang tinggi nilainya, tidak langsung memesongkan hatinya daripada mengingati Allah dengan menyalurkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Hidupnya sederhana dan mulutnya sentiasa basah dengan kalimah ‘istighfar’ [memohon ampun] dan bertasbih kepada Allah. Ternyata Muhammad bin Wasi’ adalah contoh insan yang meletakkan dunia di atas tangannya. Dunia dan habuan di dalamnya digunakan untuk jalan-jalan kebajikan dan jihad di jalan Allah.

Dari Ibn Umar r.a., katanya : “Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara.’ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. “

Sunday, April 26, 2009

Sajak Dunia

Pakwan ingin berkongsi mengenai sajak ini yang diperolehi dari laman web ikhwan. Amat baik jika dapat dihayati sepenuhnya.

http://ikhwantoday.com/sajak/index.php

ENGKAU SIBUK DENGAN DUNIA

Engkau sibuk dengan dunia
Dunia tidak sibuk dengan engkau
Mengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan yang punya dunia
Dia adalah sibuk menguruskan hal engkau
Engkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkau
Sedangkan Tuhan telah engkau tinggalkan
Kalaupun engkau memiliki dunia
Apa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya dunia
Tapi jika engkau memiliki Tuhan
Dunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkau
Engkau tersilap hal, engkau tersalah fikiran
Dunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tentu di dalam milik engkau
Padahal Tuhan engkau telah tinggalkan
Macam mana engkau berfikir, bagaimana engkau membuat keputusan
Bersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkau
Janganlah sibuk-sibuk dengan dunia yang tidak sibuk pun terhadap engkau
Engkau bersibuk-sibuk dengan Tuhan
Tuhan tidak akan mengecewakan engkau
Engkau sibuk dengan dunia belum tentu milik engkau
Kalaupun engkau boleh miliki dunia
Namun satu ketika ia dunia tetap akan mengecewakan engkau